berita

Air Tak Ada Di Lebih 557 Kawasan Sekitar Selangor & Kuala Lumpur 24 Hingga 26 April Ini

April 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Lebih 577 kawasan sekitar Selangor bakal berdepan masalah air selama 86 jam bermula 24 April ini sehingga 26 April. Astro Awani melaporkan bahawa lebih empat juta pengguna dinasihatkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk menyimpan air yang secukupnya bagi mengelak sebarang masalah.

Gangguan bekalan air ini disebabkan kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2). Kawasan yang terjejas termasuk Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Tangkin air disediakan

Air Selangor akan menyediakan 82 buah tangki air dan 17 tangki air jumbo selain menempatkan tangki air statik di premis yang kritikal. Air Selangor telah membuat persediaan dan perancangan melalui bekalan air melalui tangki kepada pengguna dan premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan sebagainya

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, sebanyak 82 tangki air dan 17 tangki air jumbo telah disediakan untuk pengguna dan premis yang amat memerlukan seperti klinik, hospital, pusat dialisi dan sebagainya. Pihaknya juga telah menyediakan sebanyak 106 buah tangki statik di lokasi strategik.

Guna air secara berhemah

Namun sebelum itu, pelanggan disarankan menyimpan air secukupnya dan boleh memanggil tangki Air Selangor bagi kes kecemasan seperti kematian, kenduri dan lain-lain. Pelanggan juga dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah buat masa ini.

Talian Air Selangor 15300 disediakan bagi tujuan kecemasan. Kerja-kerja penambahbaikan bermula dari 9 pagi hingga 11 malam iaitu selama 14 jam dan akan menyebabkan henti tugas di LRA SSP2. Henti tugas berkenaan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×