Hausboom sekali lagi membuktikan kemampuan mereka apabila mengumumkan “AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink” iaitu festival muzik dan gaya hidup tahunan terbesar yang kini kembali dengan konsep baharu, “Paint the Town Red”.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Bakal Gegarkan Pentas Hausboom Music Festival 2024

Artikel Berkaitan: Gigih Berhujan & Berpanas, Konsert Gergasi Hausboom Music 2023 Beri Kepuasan Maksimum

Air Asia Hausboom Festival 2025

AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bakal kembali di MAEPS Serdang dengan konsep baharu, “Paint the Town Red” pada 11 dan 12 Oktober ini.

Kolaborasi bersama AirAsia menjadikan festival kali ini lebih daripada sekadar festival muzik. Tahun ini, AirAsia tampil sebagai rakan utama dengan pengalaman menyeluruh yang gabungkan hiburan, gaya hidup dan pelbagai kejutan eksklusif untuk para pengunjung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom iaitu Azri Zahier Azmi, festival kali ini menghimpunkan lebih 100 vendor makanan sekali gus merupakan pengalaman baru apabila dapat bekerjasama dengan Pin Yang, pemilik platform saluran makanan terkenal KL Foodie.

Buat julung kali, Hausboom bakal bekerjasama dengan Pin Yang, pemilik platform saluran makanan terkenal KL Foodie yang sangat dikenali di TikTok dan Instagram, bagi membawakan Hausboom KL Foodie Fest.

Festival ini menghimpunkan lebih 100 vendor makanan unik, daripada juadah jalanan yang menarik, hidangan popular, hingga sajian istimewa yang sukar ditemui. Masuk adalah percuma, festival dibuka dari 10 pagi hingga 12 malam, dan boleh dimasuki oleh semua peringkat umur tanpa sekatan.

Barisan artis yang bakal gegarkan pentas memang padu habis! Antara nama besar yang akan tampil termasuk Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Def-Gab-C, Slam, selain Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik dan Gerhana Skacinta.

Tiket untuk AirAsia Hausboom Festival 2025 kini sudah mula dijual dengan harga bermula RM119 (General Admission), RM299 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP).

Menariknya, pas VVIP menawarkan pengalaman eksklusif termasuk premium view deck, hidangan serta minuman percuma tanpa had, tandas peribadi dan laluan ekspres. Bagi yang berminat, tiket boleh didapati di sayalive.io/hausboomfestival2025.

Barisan Artis: 

1. Dato’ M. Nasir 

2. Dato’ Jamal Abdillah 

3. Ella 

4. Noh Salleh & Restoe Iboe Band 

5. Bunkface 

6. Samsons 

7. Dolla 

8. K-Clique 

9. Spider 

10. Slam 

11. Def-Gab-C 

12. 6ixth Sense 

13. Insomniacks 

14. Kunto Aji 

15. Bernadya 

16. Feby Putri 

17. Nadhif Basalamah 

18. Ghea Indrawar

19. Salammusik 

20. Gerhana Skacinta 

21. Lucidrari 

22. No Good 

23. LOKO 

24. Benzooloo 

25. Johny Comes Lately 

26. Margasatwa 

27. Empty Page 

28. Slatan 

29. FUGO 

30. TT.13 

31. Spooky Wet Dreams 

32. The Rudean 

33. DJ Fuzz