berita

Aisar Khaled Hadiahkan RM100,000 Sempena Perkahwinan Rakan Baik

August 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pempengaruh, Aisar Khaled berkongsi momen dirinya membuat kejutan dengan menghadiahkan wang tunai bernilai RM100,000 sempena majlis perkahwinan rakan baiknya yang bernama Niko.

Artikel Berkaitan: Islamkan Seorang Individu, Tindakan Aisar Khaleed Undang Pelbagai Reaksi Netizen – ‘Saya Tak Pernah Paksa Dia’

Bawa duit keluar dari Lamborghini

Aisar Khaled Hadiahkan Kawan RM100k

Menerusi perkongsian di TikTok, dapat dilihat wang yang dihias dalam bentuk beberapa jambangan duit itu dibawa keluar Aisar dari sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.

Aisar kemudiannya menyerahkan wang tersebut kepada pasangan pengantin yang berada di atas pelamin bersaksikan ahli keluarga serta jemputan di majlis tersebut.

Susah senang bersama lima tahun

@aisarkhaledd PART 2 : Suprise Perkhawinan Sahabatku Niko Temaniku Daripada Susah Sampaiku Senang , Rm 100K Ini Bukanlah Nilai Yang Banyak Untuk Membalas Jasa Kepadaku . Terima Kasih Kerana Ada Masa Ku Betul Betul Susah Sehinggalah Kini Kita Ada Lebih Dari 15 Orang Bekerja . Semoga Dengan Perkhawinan Ini Dapat Memberi Keberkatan Untukmu Dunia Hingga Akhirat . Aku Harap Kita Dapat Bantu Lebih Ramai Orang & Dapat Membuka Ruang Untuk Masyarakat Mencari Rezeki . ?? #khawin #sahabat #nikah #suprise #kongsirezeki #masukberandafyp #aklegacyteam #foryou #cariterusrasamu #aisarkhaledd ? Fen Layalik – Riska Isnaini

Menerusi hantaran lain yang dimuat naik di TikTok, pencipta kandungan berusia 23 tahun itu mengimbau kembali kenangan yang dilaluinya bersama Niko yang sentiasa ada disisinya di kala susah dan senang selama lima tahun berkenalan.

Menurut Aisar, hadiah wang tunai yang diberikan itu adalah sebagai tanda penghargaannya buat Niko dan sama sekali tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan dan bantuan yang diberikan sahabatnya itu.

Sepanjang lima tahun perjalanan aku bersama dia, dialah yang ada saat aku jatuh, aku ditipu, hilang segala-galanya. Tetapi kau masih lagi disisiku.

Kalau nak dibandingkan RM100,000 ni dengan jasa kau kepada aku memang tidak akan cukup.

Respon netizen

Aisar Khaled Hadiahkan Kawan RM100k

Aisar Khaled Hadiahkan Kawan RM100k

Aisar Khaled Hadiahkan Kawan RM100k

Aisar Khaled Hadiahkan Kawan RM100k

Aisar Khaled Hadiahkan Kawan RM100k

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat nilai persahabatan yang ada dalam diri Aisar dan Niko dan mendoakan agar hubungan mereka kekal sampai bila-bila.

Dalam pada itu, ada juga yang turut mendoakan agar pempengaruh tersebut dimurahkan rezeki kerana sering melakukan konten berkongsi rezeki dengan para pengikutnya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×