
Pempengaruh, Aisar Khaled tampil memohon maaf susulan tindakannya yang mengganggu keselesaan penumpang lain ketika berada dalam penerbangan.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Aisar Khaled Letak Kaki Dekat Tempat Duduk Penumpang Lain? – ‘Dah Tegur Tapi Masih Buat’
Artikel Berkaitan: ‘Keterlaluan, Kamu Buat Banyak Masalah’ – Pablo Amirul Tolak Permohonan Maaf Aisar Khaled
‘Saya penat’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Aisar memaklumkan dia berada dalam keadaan terlalu penat sehingga gagal mengawal tindakannya ketika berada di dalam pesawat.
Tambah Aisar, dia mengakui kesilapannya dan menzahirkan kekesalan atas tindakan tersebut selain berjanji perkara sama tidak akan berulang pada masa akan datang.
Saya nak minta maaf atas tindakan tidak sepatutnya yang saya lakukan ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia.
Sejujurnya, saya sangat penat dan mengalami tekanan yang melampau sehingga hilang kawalan sebaik sahaja pesawat berlepas.
Saya tidak akan lagi ulang perkara yang sama pada masa akan akan datang.
Maaf atas segala kesulitan yang telah saya timbulkan.
Baru-baru ini, seorang individu warga Indonesia berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila pempengaruh, Aisar Khaled didakwa mengganggu keselesaan penumpang lain ketika dalam penerbangan.
Menurutnya, kaki Aisar diletakkan hingga memasuki ruang tempat duduknya sebaik pesawat berlepas, malah beberapa kali terkena kerusinya.
Tambahnya, Aisar mengendahkan segala teguran yang dibuat malah perkara sama masih berulang sepanjang penerbangan.
Sumber: Threads @aisar_khaledd