
Penyanyi dan penulis lirik, Aisha Retno kini muncul dengan sisi berbeza menerusi single genre pop rock berjudul Tak Adil.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Baru Putus Cinta, Serik Nak Ada Hubungan Istimewa – ‘Sukar Cari Seseorang Yang Faham Kerja Saya’
Artikel Berkaitan: Nama Lebih Dikenali Berbanding Juara & Naib Juara, Aisha Retno Anggap Rezeki Sudah Tertulis – ‘Jaga Hubungan Dengan Peminat Juga Penting’
Genre baru

Walaupun berbeza dengan genre lagunya sebelum ini, Aisha berkata dia terbuka untuk menyanyikan lagu yang bukan kebiasaannya.
Aisha berkata, ketika ini dia bersemangat untuk bereksperimen dengan pelbagai genre lagu. Walaupun mencabar, pengalaman itu dapat memberikan kepuasan kepadanya
Ini adalah era untuk saya bereksperimen dengan genre lagu yang berbeza. Pada masa sama, saya sudah lama mengidamkan untuk tampil dengan lagu pop rock.
Lebih menambah keterujaan saya, ini merupakan lagu pertama dalam album yang bakal saya lancarkan tidak lama lagi.
Saya mahu memperlihatkan kebolehan saya membawa genre sebegini, lagipun ramai rakyat Malaysia menyukai lagu-lagu pop rock.
Syukur Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan sambutan awal yang diterima daripada peminat setakat ini.
Mengulas lanjut, penyanyi berdarah kacukan Malaysia-Indonesia itu berkata, dia ingin menambah kepelbagaian dalam karya lagunya selain sedia meminati muzik pop rock yang dihasilkan oleh penyanyi tempatan dan antarabangsa.
Saya ingin mengembangkan repertoire kerana itulah yang perlu saya lakukan sebagai penyanyi.
Selain itu, saya sangat suka dengan beberapa penyanyi pop rock seperti Olivia Rodrigo (Hollywood) dan jika di Nusantara saya meminati Geisha dan Neeta Manis.
Bagi saya, kita dapat mengekspresikan kesedihan dan kemarahan yang boleh disatukan dalam sesebuah lagu.
Berkait kisah hidup

Bercerita lanjut mengenai kisah di sebalik lagu yang disampaikan dalam karya terbaharunya itu, Aisha akui ia dihasilkan berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.
Kata Aisha, lagu itu ditulis ketika hatinya sedang berduka.
Untuk lagu ini, saya sampaikan kisah cinta dan ketidakadilan yang saya sendiri pernah lalui.
Sepanjang lima tahun ini, saya tempuh macam-macam dalam industri hiburan.
Saya luahkan dengan jujur, ada kejadian yang pernah berlaku kepada saya sebelum ini, ia memang tak adil.
Saya juga baru melalui fasa patah hati yang agak teruk, jadi saya satukan semua rasa amarah dan kesedihan dalam lagu ini.
Memang tak adil jika satu pihak saja yang rasa sakit sedangkan pihak lagi satu tak rasa apa-apa.
Dalam perkembangan lain, lagu ciptaan Aisha bersama adiknya, Radi bakal dilancarkan secara rasmi pada 27 Julai ini.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)