Pelakon Aishah Azman menzahirkan rasa simpati terhadap keputusan rumah tangga pelakon Kamal Adli dan bekas isteri iaitu Uqasha Senrose setelah disahkan bercerai talak satu.

Artikel Berkaitan: Kamal Adli, Uqasha Senrose Sah Cerai Talak Satu

Artikel Berkaitan: ‘Awak Dengan Mulut Jalang Fikir Boleh Tutup Dengan Tudung’ – Aishah Azman Dakwa Alergik Ubat, Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata Lebam

Simpati pada rakan seindustri

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Aishah mendoakan agar segala urusan pelakon berusia 38 tahun itu dipermudahkan.

Moga yang baik-baik untuk Kamal Adli.

Stay strong Budin.

Yang ikhlas, Dr Afifah. (watak Aishah dalam drama bersiri Dia Imamku)

Bagaimanapun, ciapan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang beranggapan pelakon drama bersiri ‘Dia Imamku’ itu cuba mengambil hati Kamal.

Aishah atau nama penuhnya Nor Aishah Afika Azman meluahkan rasa kesal atas dakwaan netizen sekali gus memaklumkan dirinya hanya mendoakan rakan seindustri.

Ramai jugak yang bitter dengan hantaran doa saya. Busuk hati, saya mendoakan pun jadi salah ke?

Tiba-tiba kata saya nak try Kamal Adli, tiada emoji hati, hanya sekadar mendoakan rakan seindustri yang pernah berkerjasama sekali.

Tenang semua, sebarkan doa bukan fitnah.

Netizen tak selesa

Untuk rekod, Uqasha menfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 20

Terbaru, Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya menemui titik noktah apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, jam 12:56 tengah hari Isnin.

Sumber: Threads @aishahazman8