Demi menjaga kesihatan mental, penyanyi Datuk Aishah memberitahu dia tidak mahu lagi menyertai pertandingan realiti nyanyian kerana sudah penat menerima kritikan netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Boleh Kata Apa Sahaja, Tapi Tidak Boleh Tarik Gelaran Legend’ – Vince Chong Minta Aishah Abaikan Komen Negatif
Artikel Berkaitan: ‘Kali Ini Sudah Melampau! Awak Hina Keturunan Saya, Bala Lah Kau Azwan Ali’ – Aishah
Mahu buat ibadat
Menerusi laporan BH Online, Aishah berkata dia mahu memberi fokus kepadat ibadat dan memenuhi undangan nyanyian sahaja.
Saya fikir tidak mahu masuk lagi (pertandingan realiti nyanyian). Saya mahu buat ibadat, macam orang cakap, sudah-sudahlah sebab sudah tua. Apa yang saya perasan daripada kecaman yang diberi, seolah-olah beransur tua ini adalah perkara berdosa.
Kita tiada lagi hormat kepada orang yang berusia daripada kita. Bagi saya, saya hendak lawan satu-satu pun penat. Saya sudah sampai tahap, kalau dalam keadaan toksik, saya buang toksik itu. Saya mahu tenang. Sekarang media sosial ada kebaikan dan keburukan.
Kebaikannya, kita dapat berhubung secara terus. Namun, keburukannya, ia memberi hak kepada manusia untuk kata apa saja hingga hilang adab dan sebagainya.
Tambah Aishah, dia meletakkan status privasi kepada akaun media sosialnya bagi menyekat netizen yang mempunyai pemikiran negatif.
Saya tidak akan terima sikap orang biadap. Saya juga tidak akan menormalkan perkara itu. Kehidupan saya sekarang, saya tak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa. Saya sedar kita lawan macam mana pun, ada sahaja yang tidak betul bagi ‘haters. Jadi, tidak mengapa tiada jutaan pengikut.
Sumber: BH Online