Personaliti media sosial Islamik, Aisyah Hijanah dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga seorang pempengaruh Alif Teega.
Artikel Berkaitan: Isteri Hamil 5 Bulan, Alif Teega Mengaku Dah Berkahwin Dua – ‘Aisyah Adalah Wanita Pilihan Allah’
Minta doakan yang terbaik
Memetik laporan mStar, pemilik nama Aisyah Hijanah Azhari ini memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.
Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai sebab utama dirinya memfailkan cerai.
Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang.
Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak ini memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.
Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat.
Ditanya tentang keputusan mahu bercerai, Aisyah enggan berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Sekadar info, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Imbas kembali, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.
Sumber: mStar