Pelakon, Aizat Saha meluahkan rasa teruja dan bangga apabila diberi kepercayaan untuk menghasilkan busana khas buat penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah.

Artikel Berkaitan: ‘Teruja Melihat Nama Saya Pertama Kali Dicalonkan Dalam ABPBH 37’ – Aizat Saha

Busana untuk queen D

Menerusi hantaran di TikTok, Aizat menyifatkan peluang tersebut sebagai pembuka langkah yang positif bagi perjalanan kariernya pada tahun 2026.

Ini permulaan 2026 saya apabila dapat menghasilkan busana untuk Dayang Nurfaizah sambil mendengar lagu baharunya yang ‘berhantu’ bertajuk Aku.

Sepanjang proses menyiapkan skirt ini, lagu Aku memang saya ulang berkali-kali. Jadi selepas ini, kalian nak saya buat baju untuk siapa pula?.

Dalam perkongsian sama, Aizat turut memaparkan proses penghasilan busana berkenaan, bermula daripada pengambilan ukuran, proses menjahit sehinggalah sesi ‘fitting’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui pelakon tersebut mempunyai kemahiran menjahit serta menghasilkan busana rekaan sendiri.

Malah, ramai yang memuji hasil rekaan Aizat yang disifatkan elegan, kemas dan cukup sesuai digayakan oleh Dayang, sekali gus menyerlahkan lagi aura penyanyi kesayangan ramai itu.

Video

@aiztsaha

This is how i started my 2026! Dapat lah merasa buatkan outfit untuk @DayangNurfaizah sambil sambil layan lagu yang berhantu ni. Sepanjang proses buat skirt ni asyik on repeat lagu ni “Aku by. Dayang Nurfaizah”, terus sampai kesudah dok Mengertilahhhhhhh….. ini bukan yang ku ingini 😂 Berhantu betul lagu ni 🤦🏻‍♂️ Okay so next korang nak saya buat baju apa pulak? Baju raya lah kann? 🤔 #fyp #fypシ

♬ original sound – Aizat Saha – Aizat Saha

Sumber: TikTok