berita

Ajaib! Bayi Pramatang Ini Masih Hidup Walaupun Lahir Sebesar Jarum Hospital

February 12th, 2019 | by Ai
Kini Trending

bayi pramatang

Menanti saat untuk melahirkan anak pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap wanita hamil. Namun, disaat menanti kehadiran cahaya mata, anda masih terdedah dengan pelbagai risiko yang mungkin akan berlaku sebelum, semasa dan selepas melahirkan. Salah satu risikonya adalah melahirkan bayi pramatang.

Menurut laporan Utusan Online, seorang wanita di Britain telah melahirkan bayi pramatang yang saiznya jauh lebih kecil tapi masih hidup sehingga ke hari ini.

Dilahirkan sebesar saiz jarum

bayi pramatang

Bayi lelaki yang bernama George telah dilahirkan dengan berat hanya 700 gram pada Julai tahun lalu. Bayi ini layak digelar sebagai bayi ajaib kerana masih hidup meskipun doktor menyifatkan dia tidak akan hidup lama selepas dilahirkan dengan saiz sebesar jarum hospital.

Menjalani rawatan sepsis dan meningitis

bayi pramatang

Ibu bapa bayi berkenaan, Hanna Rose, 27, dan suaminya, Daniel Bownes, 27, telah dimaklumkan oleh doktor sebanyak lima kali bahawa George tidak akan hidup lama selepas dia dilahirkan pada minggu ke-23 kandungan. Malah George terpaksa menjalani rawatan sepsis dan meningitis sebanyak lima kali, sekali gus membuatkan doktor dan ibu bapanya percaya dia tidak akan hidup lama.

George menjalani pembedahan segera selepas dilahirkan. Kami tidak boleh menyentuh­nya kerana dilahirkan dengan kulit yang rapuh.

26 minggu dirawat

bayi pramatang

Menurut ibunya lagi, George telah dirawat selama 26 minggu di hospital dan dibenarkan pulang ke rumah apabila semakin pulih. Baginya, apa yang berlaku adalah sebuah keajaiban.

Saya percaya dia akan me­ninggal dunia, adalah satu keajaiban dia masih bersama kami. Setiap hari bersamanya adalah satu rahmat.

Sehingga kini, George menjalani 20 kali pemindahan darah dan sedang menunggu pembedahan ketujuhnya yang membabitkan jantung.

George mengalami penyakit paru-paru yang kronik dan tidak boleh bernafas tanpa alat bantuan dalam jangka waktu panjang. Dia perlu berjumpa doktor setiap hari dan pergerakannya terhad.

Apa itu bayi pramatang?

bayi pramatang

Bagi anda yang masih tak tahu, kehamilan ideal biasanya berlangsung sehingga 40 minggu. Kelahiran antara 37 dan 42 minggu masih dikategorikan kelahiran cukup bulan sementara kelahiran pramatang ialah kelahiran sebelum usia 37 minggu.

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association, kajian mendapati mereka yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko kematian 38% lebih tinggi berbanding mereka yang dilahirkan normal sewaktu usia awal dewasa.

Sumber:Utusan OnlineHelloDoktor

SKIP THIS AD ×