Pelawak, Ajak Shiro menzahirkan kata-kata indah sempena ulang tahun kelahiran sahabatnya, Shahrol Shiro.

Artikel Berkaitan: Shahrol Shiro Akui ‘Awkward’ Waktu Mula Berbaik Dengan Ajak

Beri hadiah buat Shahrol

@ajakshiro_

Aku sayang kau Rol…Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kegembiraan buat kau dan keluarga… . Aku cuma lambat bagi hadiah tau, bukan lupa..😝 Selamat Hari Lahir Shahrol Azizie Azmi🤲 . @Shahrol Shiro

♬ original sound – Ajak Shiro – Ajak Shiro

Menerusi TikTok, Ajak atau Mohd Hanaffi Razak berkongsi momen dirinya yang membuat kejutan buat Shahrol di perkarangan sebuah hotel.

Di ruangan kapsyen, Ajak memaklumkan bahawa meskipun lewat namun, dia sama sekali tidak pernah melupakan tarikh istimewa sahabatnya itu.

Ajak sempat menitipkan doa buat Shahrol agar dirinya dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik.

Aku sayang kau Rol, semoga Allah kurniakan kesihatan dan kegembiraan buat kau dan keluarga.

Aku cuma lambat bagi hadiah tau, bukan lupa.

Selamat hari lahir Shahrol (Azizie Azmi).

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat persahabatan ditunjukkan Ajak dan Shahrol.

Untuk rekod, Shahrol dan Ajak dilaporkan berbalah melibatkan isu hantaran yang dimuat naik di media sosial masing-masing pada 2022.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berdamai pada 2024.

Sumber: TikTok