Penyampai radio Ajak Shiro memaklumkan ikatan persahabatan dengan pelawak Shahrol Shiro sudah kembali pulih selepas tiga tahun tidak bertegur sapa.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ajak Dedah Pernah Memberontak Kerana Dimarahi Bapa – ‘Disebabkan Nak Tunjuk Dekat Ayah, Aku Sanggup Lawan’
Artikel berkaitan: Shahrol Shiro Nafi Hubungan Dengan Ajak Renggang & Sudah Berpecah
Ikatan persahabatan kembali bertaut
Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 39, dia bersyukur tiada campur tangan pihak ketiga dan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara baik.
Inilah asam garam dalam persahabatan. Sepanjang proses berbaik itu, tiada pihak ketiga masuk campur di antara saya dan Shahrol.
Tiada siapa melaga-lagakan dan kami selesaikan secara dewasa. Akhirnya perbalahan tiga tahun ini selesai.
Ajak berkata demikian semasa ditemui di sidang media Jelajah Suria Kuasa Dua yang diadakan di The Estate on Federal Hill, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Berkongsi lanjut, Ajak akui terkejut selepas menerima mesej daripada Shahrol untuk berjumpa dan mengakhiri persengketaan mereka.
Semasa balik Hari Raya Haji dia nampak video saya dan malam itu dia mesej ajak berjumpa di pejabat. Banyak yang dibincangkan.
Kami bersembang dan ingat semula kenangan lama. Saya rasa sebak ketika itu sebab mestilah masih ada rasa sayang.
Turunkan ego masing-masing
Dalam pada itu, tambah Ajak, tindakan masing-masing menurunkan ego berjaya meleraikan persengketaan yang berlaku antara mereka.
Kita kena turunkan ego sebab benda itu tak merugikan pun. Jangan fikir masing-masing betul. Kalau gaduh lama pun, tiada siapa yang sebenarnya betul.