berita

#AJL36: Noki Buat Persembahan Aewo, Peminat Wanita Tak Keruan Tengok Badan Sasa

March 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Noki mencuri perhatian ramai pada malam Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) ketika membuat persembahan lagu Aewo bersama Shiha Zikir.

Peminat fokus Noki

Di laman Twitter, penonton setia AJL36 rancak membuat ciapan dengan mengakui mereka memberi fokus kepada Noki. Noki yang tampil dengan memakai ‘short sleeve jacket’ berwarna hitam telah membuatkan rata-rata mata warganet tak tentu arah.

Di samping itu, peminat wanita juga memberi pujian dengan ketampanan ahli kumpulan K-Clique ini.

Lain macam Noki punya hensem ni dan tegap.

Hi Noki. Hotnya awak.

Noki habibi.

Noki hensem gila.

Noki is so tall it makes my heart flutters. Haha ke mana hala aku fokus entah. Mata saya asyik tenung dia.

Suara sedap

Dalam pada itu, penampilan Shiha Zikir juga mendapat perhatian dan mendapat ‘green light’ daripada netizen yang menyukai.

Bukan itu sahaja, suara pemilik nama Nurshiha Marissa Mohd Zikir tidak pernah mengecewakan orang ramai.

Pemenang Juara Lagu akan membawa pulang RM100,000 dan trofi manakala naib juara RM50,000 serta trofi.

AJL36 bersiaran langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, yang dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda.

Sumber: Instagram @tv3malaysia

SKIP THIS AD ×