berita

#AJL37: Aina Abdul Kongsi ‘Update’ Persembahan Malam Ini

February 12th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi yang sering tampil dengan busana ‘dramatik dalam persembahan, Aina Abdul berkongsi sedikit fakta mengenai lagu Terus Hidup yang menjadi taruhan pada Anugerah Juara Lagu ke-37, malam ini.

Artikel Berkaitan: #AJL37: Aina Abdul Akan Terapung, Untuk ‘Terus Hidup’

Artikel Berkaitan: #AJL37: Neelofa Pilih Alif Satar & Aina Abdul Dalam ‘Top 3’

Susunan muzik orkestra

Menerusi posting di laman Instagramnya (IG), penyanyi berusia 29 tahun ini menerangkan sesi string susunan muzik orkestra untuk lagu yang bakal dipersembahkan nanti telah dirakam secara maya akibat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Terus Hidup sesi string telah dirakam dari jauh. Kak Jenny pantau mereka melalui panggilan video sahaja. Kami tidak dapat bertemu mereka secara bersemuka kerana halangan Covid-19 dan kami semua pilih untuk berjaga-jaga.

Tetapi terima kasih kepada @jennychin_oc, semuanya berlangsung baik. Para pemain juga memberikan yang terbaik untuk lagu ini, dan sebahagian daripada mereka akan bermain secara langsung untuk Ajl 37 esok.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya teruja dan tidak sabar menantikan persembahan mantap dari pelantun lagu Sumpah ini. Malah ada juga di antara mereka yang tertunggu-tunggu busana ‘menarik perhatian’ yang bakal diperagakan Aina pada malam nanti.

Sekadar info, pada AJL37 kali ini, Aina Abdul mempertaruhkan lagu ciptaanya sendiri yang berjudul Terus Hidup malah, pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu Sepi pada AJL36 lalu.

Sumber: Aina Abdul

SKIP THIS AD ×