Busana penyanyi, Aina Abdul sempena Anugerah Juara Lagu Ke-37 berjaya mencuri tumpuan netizen. Memakai busana ‘kembang’ bewarna putih sambil dipenuhi lambakan awan putih membuatkan penonton menghayati setiap bait-bait lirik lagu ‘Terus Hidup’.
Busana ‘luar kotak’
Umum mengtahui, lagu ‘Terus Hidup’ merupakan lagu yang sangat mencabar buat Aina Abdul sepanjang bergelar anak seni. Meskipun berat untuk membawakan lagu tersebut, Aina dilihat berjaya menyentuh hati penonton yang berada di Axiata Arena malam ini.
Busana bewarna putih yang dipakai oleh Aina juga memainkan peranan buat dirinya untuk menyampaikan lagu ciptaannya itu. Rata-rata netizen memberi pujian buat Aina kerana berani memakai sesuatu yang ‘di luar kotak’ dan tidak berlebihan.
Sumber: Instagram