Pangkat rakan baik tidak menghalang Shila Amzah dan Liza Hanim untuk sama-sama menjayakan persediaan persembahan untuk lagu ‘Bahagiakan Dia’ di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) pada Ahad ini.
Artikel Berkaitan: #AJL37: Kembali Bertanding Selepas Dua Dekad, Liza Hanim Nak Buat Sehabis Baik Demi ‘Bahagiakan Dia’
Artikel Berkaitan: #AJL37: Shila Amzah Mampu Bahagi Masa Untuk ‘Bahagiakan Dia’ & Konsert – ‘Yang Penting Kena Kekal Sihat’
‘Chemistry’ memang padu
Ketika ditemui OhBulan!, Shila Amzah, 33, berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari ‘chemistry’ berdua.
Sepanjang bekerjasama dengan Kak Liza, kami berdua memang tiada masalah yang berbangkit sebab saya hormat dia sebagai seorang kakak dan juga seorang senior dalam industri.
Ujarnya lagi, segala perbincangan dan perubahan semasa membuat persiapan juga sering dilakukan secara bersama menyebabkan mereka tidak pernah bermasam muka.
Bukan itu sahaja, Shila turut mendedahkan bahawa persiapan persembahan dari segi lagu dan juga susunan telah pun selesai. Bagaimanapun, dari segi busana masih belum diputuskan lagi kerana akan ada elemen ‘special’ di baju mereka semasa hari kejadian nanti.
AJL37 ditaja oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics yang akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari ini.