berita

#AJL37: Fesyen Nabila Razali Dikritik, Netizen Cakap Dah Macam Pakaian Renang! –‘Belum Apa-Apa Dah Belanja’

February 12th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Karpet Merah Anugerah Juara Lagu ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil menjadi perhatian ramai. Tak dinafikan, pakaian yang diperagakan oleh selebriti dan barisan finalis semenangnya luar biasa.

Netizen kritik pakaian Nabila Razali?

Namun, busana berwarna biru putih yang dihiasi ‘diamond’ yang digayakan pelantun lagu Peluang Kedua turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata daripada netizen berpendapat fesyen yang digayakan Nabila pada malam ini kurang sesuai untuk wanita berhijab.

Hal ini kerana, busana tersebut dilihat agak ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Bukan itu sahaja, tudung yang dipakai penyanyi berusia 30 tahun ini juga dilihat agak singkat. Malah, ada segelintir netizen mendakwa fesyen tersebut tidak jauh seperti pakaian renang.

Susulan daripada itu, mereka berharap agar Nabila lebih peka dalam pemilihan pakaian sesuai termasuklah melabuhkan tudung sehingga menutup dada. Namun, ada juga yang memuji keayuan Nabila pada malam berprestij Anugerah Juara Lagu ke-37.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Komen

SKIP THIS AD ×