berita

#AJL37: Meremang Tengok Joe & Sonaone, Netizen Cakap Dah Macam ‘Perform’ Atas Kubur, Siap Ada Batu Nisan?

February 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Anugerah muzik berprestij iaitu Anugerah Juara Lagi ke-37 baru sahaja melabuhkan tirai semalam. Penyanyi Aina Abdul yang mendendangkan lagu ‘Terus Hidup’ telah dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM100,000.

Artikel Berkaitan: #AJL37: Aina Abdul Ungguli AJL37, Ramalan Neelofa Tepat!

Artikel Berkaitan: #AJL37: Fesyen Nabila Razali Dikritik, Netizen Cakap Dah Macam Pakaian Renang! –‘Belum Apa-Apa Dah Belanja’

Persembahan Satu Malam Di Temasek

Tak dinafikan, kesemua barisan final AJL37 telah membuat persembahan yang cukup hebat dan luar biasa. Malah pelbagai idea kreatif yang ditonjolkan mereka menerusi persembahan. Tetapi persembahan kreatif oleh Joe Flizzow dan Sonaone dengan lagu Satu Malam Di Temasek berjaya memukau penonton di Axiata Arena dan juga di rumah.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah koreografi persembahan Joe dan Sonaone iaitu yang menampilkan sekumpulan barisan penari yang berlari dari bawah ke atas pentas sewaktu penyanyi ini membuat persembahan. Tidak terhenti di situ, kesemua penari yang mengenakan pakaian serba putih sambil memakai penutup kepala seperti hoodie dan topi kemudian mengelilingi Joe dan Sonaone yang berada di atas satu platform di tengah pentas sambil membuat ‘headbanging’.

Namun persembahan Satu Malam Di Temasek menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka turut memberikan pandangan berhubung persembahan tersebut menerusi ciapan di Twitter. Ada di antara netizen mendakwa bahawa tema tersebut lain daripada yang lain. Mereka turut berpendapat tema persembahan yang ditonjolkan Joe dan Sonaone seperti berada di atas kubur lebih-lebih lagi apabila mereka melihat ‘set stage’ pada malam itu menyerupai batu nisan.

Namun ada dalam kalangan netizen akui tersentuh melihat Joe dan Sonaone yang cukup menghayati saat menyampaikan karya yang sarat dengan mesej dan nasihat. Bukan itu sahaja, mereka turut memuji persembahan kreatif dan bertenaga oleh kedua-dua penyanyi berbakat ini.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pendapat netizen

‘Belakang tu batu nisan ke?’

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×