Nama pelakon dan penyanyi Janna Nick hangat menjadi bualan di media sosial gara-gara penampilan yang digayakan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37).
‘Extra blink blink’
Janna, 28, dilihat memakai busana labuh berwarna kelabu yang ‘extra blink blink.’ Namun, apa yang mencuri tumpuan apabila ‘dress’ itu kelihatan terdedah seakan kulit badan. Bagaimanapun, pakaian itu sebenarnya dialas dengan kain yang mengikut warna kulit.
Di ruangan komen, rata-rata netizen laju mengecam pemilik nama Nurul Jannah Muner kerana beranggapan agak keterlaluan tampil dengan imej itu.
Sumber: Instagram