berita

#AJL38: Neelofa Pencen Awal, Minta Netizen Ramal Siapa Menang

February 29th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Setiap tahun, selebriti dan usahawan popular Neelofa tidak pernah terlepas daripada meramal siapa juara Anugerah Juara Lagu (AJL).

Artikel Berkaitan: #RoadToAJL36: Netizen Tunggu Ramalan Juara, Neelofa Balas; ‘Pencen Tahun Ini’

Neelofa dah bersara

Terbaharu, Neelofa tampil membalas satu ciapan yang ditulis seorang individu di aplikasi X mengenai ramalan AJL 38.

Salam Neelofa, ramalan untuk AJL 38 tahun ini?

Masih menunggu (ramalan daripada Neelofa) ini.

Menjawab pertanyaan tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor memaklumkan bahawa dirinya sudah bersara daripada berbuat demikian.

Neelofa juga berseloroh meminta wargamaya melakukan sendiri ramalan pemenang menerusi ruangan komen ciapannya itu.

Haha, tahun ini bersara. Korang ‘propose’ lah.

Sekadar info, AJL 38 akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil dan akan ditayang di saluran TV3, jam 9 malam, pada 3 Mac ini.

Untuk rekod, Neelofa meraih perhatian apabila ramalannya untuk melihat Aina Abdul dan Alif & The Locos mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menjadi kenyataan apabila Aina dinobatkan sebagai juara manakala Alif & The Locos meraih tempat ketiga.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×