berita

#AJL38: Tahun Kelima Sertai AJL, Aina Abdul Bakal Menggayakan Busana ‘Ekstravaganza’ Melinda Looi

February 23rd, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu (AJL) yang sudah memasuki edisi ke-38 semakin dirasai buat penyanyi dan komposer, Aina Abdul.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul Dedah Ibu Beri Idea Untuk Judul Lagu ‘Terus Hidup’

Rekaan Melinda Looi

Menerusi temu bual bersama Aina, pelantun suara ‘Jangan Mati Rasa Itu’ menyifatkan pentas AJL sebagai pentas gah yang memberi pengiktirafan kepada hasil kerja penggiat seni muzik serta menjadi tempat mereka menumpahkan kreativiti dalam aspek persembahan dan penampilan.

Ini tahun kelima saya sertai AJL dan jangkaan peminat terutama Ainations sangat tinggi. Keadaan itu membuatkan saya dan pasukan tidak tidur malam kerana mahu dapatkan konsep bersesuaian dengan lagu dan kehendak diri.

Tahun ini, saya sekali lagi menggayakan rekaan Melinda Looi. Dari segi konsep, saya tidak boleh hendak cakap lebih-lebih. Sebaliknya, elemen ekstravaganza tetap ada.

Kalau boleh, saya hendak pakai baju warna putih, tetapi, takut orang kata ketandusan idea pula. Justeru, kena cari warna tertentu yang sesuai dan boleh beri justifikasi terhadap penampilan saya pada malam itu.

Memandangkan acara ini setahun sekali, jadi, Aina tidak kisah berhabis demi tampil luar biasa. Hanya di AJL saya dapat berkarya dan rasa diri dihargai.

Pentas lain tidak boleh hendak dapat perasaan itu. Saya tidak boleh hendak dedahkan konsep persembahan. Semuanya kena tunggu malam itu.

Ujar Aina lagi, dia percaya kesemua finalis akan berhempas pulas dan memberikan yang terbaik pada 3 Mac ini.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×