Lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi Aina Abdul berjudul ‘Puas Sudah’ dipilih sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu 39 (AJL) versi undian atas talian.
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Saya Tahu Nadeera Ada Peluang Cerah, Semoga Ada Tempat’ – Biduanita Negara
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Naz Rahman ‘Excited’ Bergandingan Dengan Sissy Iman Di AJL39 – ‘Saya Suka Pasangan Hos Yang Ada Otak’
‘Puas Sudah’ juara AJL
Undian yang dibuka pada 6 hingga 11 Februari 2025 menerusi Instagram Story rasmi TV3 menyaksikan ‘Puas Sudah’ meraih hampir 30,000 undian.
Hal itu terbukti jelas sokongan yang diberikan oleh peminat Aina begitu padu sekali gus mahu penyanyi kesayangan mereka menjadi juara.
Perbincangan hangat dalam kalangan peminat muzik tanah air turut mengangkat penyanyi berusia 31 tahun itu sebagai calon paling layak untuk membawa pulang trofi AJL39 berdasarkan keunikan vokalnya, persembahan bertenaga, serta kekuatan lagu yang dipersembahkan.
Bagaimanapun, pemenang AJL39 tetap bergantung kepada sistem pemarkahan juri profesional yang menilai aspek teknikal dan artistik sesebuah persembahan.
Namun, trend undian dan sokongan di media sosial sering menjadi indikator kepada populariti dan penerimaan sesebuah lagu dalam kalangan peminat.
Dengan sokongan besar yang diterima, adakah Aina bakal mengungguli kejayaan sekali lagi sepertimana di AJL37? Nantikan malam anugerah penuh berprestij ini pada 16 Februari secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan di TV3, jam 9.
Dapatkan tiket anda dengan segera melalui laman web rasmi www.wowtix.com.my.
Selain itu, jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.