Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mahu menyerap semula aura dan roh persembahan lagu Terus Hidup ketika beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) sebagai persediaan menghadapi pentas AJL40 menerusi lagu Kamu.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Sambut Baik Hasrat Azmeer Ingin Bekerjasama – ‘Siapa Tak Mahu Karya Komposer Hebat’

Artikel Berkaitan: AJL40: Aina Abdul Janji Kelainan, Sedang ‘Prep’ Vokal & Tak Fikir Soal Menang – ‘Saingan Tahun Ini Kuat’

Pinjam semangat ‘Terus Hidup’

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata, dia mahu mengelakkan tekanan berlebihan dan memberi tumpuan kepada perkara paling penting iaitu menyampaikan persembahan yang terbaik.

Saya mahu tenang-tenang sahaja untuk AJL kali ini, saya mahu ingat semula momen sewaktu Terus Hidup (AJL37). Ketika Terus Hidup saya sangat tenang dan tidak begitu tertekan.

Saya cuba meletakkan fikiran saya sepertimana saya di Terus Hidup. Ketika itu saya hanya mahukan beri yang terbaik, menyanyi sedap yang mungkin dan tidak terlalu menekan diri sendiri.

Apabila sudah bertahun-tahun masuk AJL dan terlalu ‘over pressure’ diri sendiri, menyibuk dengan beberapa perkara, akan menjadikan saya lebih ‘complicated’.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada acara Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aina memilih untuk terus merahsiakan konsep yang bakal dipersembahkan menerusi lagu Kamu pada malam kemuncak AJL40.

Saya akan terus berahsia apa yang akan dipersembahkan pada malam kemuncak AJL40 nanti. Cuma saya mengharapkan apa yang sudah dirancang menjadi dengan cantik dan dipermudahkan.

Saya mahu persembahan lagu Kamu nampak mahal, jadi penonton perlu menantikan perkara itu.

AJL40 bakal berlangsung secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos ini dan dipancarkan menerusi TV3 bermula jam 9 malam.