
Demi Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi, Wani Kayrie sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengubah suai mikrofon yang dibelinya pada 2019 dengan menggunakan bahan-bahan mahal bagi memberikan nafas baharu kepada mikrofon berkenaan.
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Guna Mikrofon Istimewa Pada Malam AJL40 – ‘Dibeli Tahun 2019 Dengan Titik Peluh Sendiri’
Artikel Berkaitan: AJL40: Wani Kayrie Terharu ‘Cak Cak Cekuk’ Diramal Menang Persembahan Terbaik – ‘Berapa Bas Penari? Nantikan’
Mikrofon
Ketika ditemui OhBulan!, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, berkata memandangkan AJL40 merupakan pentas sulungnya, dia tidak berkira untuk melaburkan sejumlah wang demi menjadikan persembahannya lebih istimewa.
Bercerita lanjut, Wani berkata hasrat untuk mengubah suai mikrofon berkenaan sebenarnya sudah lama disimpan namun dia memilih AJL40 sebagai waktu yang tepat untuk merealisasikan impian tersebut.
Saya boleh kata jumlah yang besar mencecah ribuan ringgit.
Kalau tengok (salutan) itu tahu dah bahan apa dan boleh agak ia mahal. Dahulu saya pernah menyimpan hasrat untuk buat tetapi saya rasa tak mampu kerana mahal sangat.
Tetapi sekarang, sebab ini adalah kali pertama saya masuk AJL, sudah tiba masanya untuk saya berbelanja dan melabur dekat diri saya sendiri.
Saya pun tidak tahu bila lagi saya akan masuk AJL ni, jadi saya hanya nak lakukan yang terbaik sahaja.
Wani berkata demikian ketika di sesi latihan AJL40 di Unifi Arena pada malam Khamis.
Dalam pada itu, pelantun lagu Pulang itu berkata mikrofon bukan sekadar alat untuk menyanyi sebaliknya ‘senjata’ penting yang dimiliki oleh setiap penyanyi.
Itu bukan mikrofon baharu tetapi ia adalah mikrofon pertama yang saya beli dahulu.
Saya panggilnya sebagai mikrofon baharu dengan wajah baharu kerana ini adalah kali pertama saya salut mikrofon itu dengan bahan yang sangat mahal, hasil titik peluh sendiri.
Saya menganggapnya sebagai sesuatu yang penuh bermakna jadi disebabkan itu untuk AJL40 ni saya berbelanja lebih.
Itulah penyanyi punya ‘weapon’ kan.
Di pentas AJL40, Wani tampil mempertaruhkan lagu Cak Cak Cekuk yang merupakan hasil ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh.
;