berita

‘Akak Bukak Lampu Bilik Tanda Setuju’ – Lelaki Kempunan Seks Janda Dipenjara 6 Bulan

December 27th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Gangguan seksual tidak mengenal mangsa. Sesiapa sahaja terdedah kepada manusia bernafsu liar ini tidak kira kanak-kanak, wanita muda, nenek, anak dara, isteri orang mahupun bayi! Semua kena berwaspada untuk mengelak menjadi mangsa.

Tindakan jijik seorang lelaki cuba mengumpan seorang wanita berstatus janda untuk melempiaskan nafsunya menerima padah. Kan dah tak pasal-pasal cari nahas!

Hantar CD lucah dengan nota

Menurut laporan Kosmo!, seorang lelaki di Bota, Perak dijatuhkan hukuman penjaran 6 bulan selepas menghantar sekeping CD lucah bersama nota mengajak mengadakan hubungan seksual kepada seorang ibu tunggal, Jumaat lalu.

Tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan wanita itu dengan CD dan nota tulisan tangan berkenaan yang mempunyai ayat tidak senonoh dan cuba mengganggu kesantunan wanita itu.

‘Akak bukak lampu tandanya akak sudi’

Kosmo! Isnin lalu melaporkan, polis menahan seorang buruh yang menghantar sekeping DVD lucah bersama sekeping nota bertulisan tangan sebagai umpan untuk mengajak seorang janda melakukan hubungan seks.

Wanita itu menemui DVD tersebut yang diselitkan pada pintu rumahnya di Kampung Bakong Mukim Lambor Kiri, Bota.

Berdasarkan nota yang ditinggalkan, lelaki tersebut akan datang ke rumah wanita itu pada pukul 12 tengah malam untuk melakukan perbuatan keji itu. Lelaki turut meminta wanita berkenaan memberi isyarat dengan membuka lampu jika bersetuju dengan ajakan itu.

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×