Kami pasti ramai kenal dengan abang sporting dengan adiknya, Cik Pia yang menghidap penyakit down syndrome ini. Mereka mula popular apabila sering memuat naik video di laman sosial media. Biarpun Cik Pia merupakan insan istimewa, abangnya (Bengah) tetap melayan dengan penuh masa serta kasih sayang.
Baru-baru ni, Bengah telah menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya. Adakah Bengah masih ada masa untuk menghiburkan Cik Pia macam sebelum ini? Jom baca luahan Bengah.. Memang terbaik la Bengah!
“Ramai sayang adik. masjid sayang adik, burung burung sayang adik..”
Dengan sekali lafaz aku dah jadi suami kepada seorang wanita yang dicintai kesayangan alam ni.. dah dah. Cik Pia salam ni muka jebek je dia ingat abang dia tinggal kat masjid ni ? adik… abang akan selamanya pikul tanggungjawab jaga adik selamanya laa… ramai sayang adik. masjid sayang adik, burung burung sayang adik, kereta myvi baru sayang adik, @de.sophea sayang adik, @flowerbloomy.my sayang adik, @petalistyck sayang adik, @hansmin_official sayang adik.. seluruh alam sayang adik! TERIMA KASIH kepada semua yang memberi ucapan dan doa kepada Bengah sekeluarga dan keluarga baru Bengah! harini aku menangis kegembiraan.. sikit je tak banyak. hero mana takde airmata? hehe.. Bengah nak sambung majlis bersanding ni. Cik Pia jadi flower girl… ??? #AbangYangPenyayang
#KesayanganAlam
“Ingat senang nak jaga hati semua orang..”
Cik Pia demam tak sihat tapi dia datang jugak la dari pagi nikah sampai aku bersanding kemudian dia balik ikut mak. habis bersanding tapi belum balik dia datang balik ke dewan (dah tukar baju kucing) dengan Kasya nak aku balik bawak dia makan. reaksi dia.. “DAH DAH JOM BALIK. LAPAR LAA” sambil gosok perut dia yang gendut tu seperti sebelum ni. aku cakap majlis tak habis lagi. dekat Kuala Kedah ni mekdi jauh nak pergi. tapi dia bising jugak nak pergi makan nak bawak aku balik. sama la dia ajak Isteri aku ni skali (cik bunge) dia ingat abang dia ni main konsert kahwin-kahwin? ? aku pon cakap kat Isteri ku sayang ni.. “SAYANG, ABANG NAK BAWAK ADIK ABANG PERGI MAKAN. SAYANG NAK IKUT SAMA?” Isteri faham dan dia suruh bawa Cik Pia pergi makan dulu. itulah dia.. pilihan hati aku. dan dia memang takkan menang nak lawan kehendak Cik Pia yang istimewa ni ? kau ingat senang nak jaga hati semua orang? tidak kira yang normal dan yang istimewa.. Aku tak terbaca komen ucapan dari korang semua dari seluruh alam internet tanpa batasan dan sempadan ni.
“Aku mungkin terpilih untuk tunjuk yang terbaik..”
Aku terharu.. aku tahu yang aku bukan siapa pon. tanpa @afiathorrr kerana DIA lah saluran aku dikenali dan aku masih tetap seperti biasa.. rezeki yang luar biasa Allah beri melalui dia dikongsi dengan aku ni. terasa luar biasa bila semua mendoakan yang terbaik dan baik baik semuanya. Allah SWT permudahkan urusan aku.. ada juga ujian dan dugaan dariNya. untuk aku terus berdegil juga untuk memiliki Cik Bunge sebagai jodoh teman hidup sehingga akhirNya.. KALAU aku tak buat video dan aku dah ada kehidupan dengan keluarga sendiri lepas ni.. #AbangYangPenyayang ramai lagi manusia berhati dan bersikap mulia diluar sana seperti mana aku buat dengan adik aku ni. Aku mungkin terpilih untuk tunjuk yang terbaik sebagai contoh kepada semua. untuk bermula kisah hidup baru dengan isteri tercinta aku juga tidak lepaskan tanggungjawab kepada adik istimewa aku tu. kerana dia anugerah dalam keluarga dan berbuat baik kepada dia tu satu bonos untuk di akhirat sana nanti… ? aku buat video ke tak buat video ke janganlah marah. sebab aku memang akan buat ???. itulah cara aku merakam kenangan dengan dia yang teristimewa kesayangan alam…
Sumber: Instagram Makhlokmacho