Seperti yang diketahui umum, Shawn Mendes dan Camila Cabello sudah lama bercinta sejak berduet menerusi lagu Senorita dua tahun lepas. Namun begitu, timbul dakwaan yang menyatakan lagu tersebut digunakan sebagai gimik bagi melariskan lagu antara mereka berdua.
Putus cara baik
Bagaimanapun, hubungan percintaan mereka dipercayai putus di tengah jalan apabila kedua-dua penyanyi tersebut mengumumkan tentang perpisahan mereka menerusi platfom Instagram masing-masing.
Mereka berdua dikatakan memuat naik posting yang sama di Instastory dan posting itu memberi gambaran tidak lagi bersama.
Hi semua, kami memutuskan untuk menamatkan hubungan romantik kami tetapi kasih sayang kami terhadap satu sama lain sebagai manusia semakin kuat. Kami mulakan hubungan ini sebagai kawan baik dan akan terus menjadi sahabat baik. Kami sangat menghargai sokongan yang diterima daripada mula sehingga ke hari ini
Pada bulan Julai yang lepas, hubungan mereka masih baik dan pasangan ini dilihat meraikan ulang tahun kedua mereka dan berkongsi di media sosial. Terbaru, mereka dilihat memakai kostum dari filem kartun Coco ketika menyambut perayaan Halloween bersama.
Tidak mahu tergesa-gesa
Shawn menerusi sebuah rancangan Entertainment Tonight, menceritakan betapa rapatnya hubungan dia bersama Camila sebagai seorang sahabat dan keputusan untuk tidak mengikat tali pertunangan dalam keadaan yang tergesa-gesa adalah langkah yang tepat.
Dia merupakan salah seorang kawan baik saya sejak saya berumur 15 tahun. Saya tahu kami masih muda jadi saya tidak mahu melakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa
Tetapi saya rasa apabila kamu berjumpa orang yang sesuai dengan kamu, kamu tahu bahawa kamu telah menemui orang yang tepat.
Menerusi rancangan itu juga, Camila turut menyatakan bahawa Shawn melakukan kejutan sempena hari lahirnya ketika di set pengambaran dan memberinya sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Sumber: shawnmendes, Entertainment tonight