berita

Akaun IG 1.5 Juta Pengikut Aaisyah Dhia Rana Hilang?

July 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Instagram anak kepada Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana dipercayai ‘hilang’ semalam. Berita tersebut dikongsikan oleh Che Ta menerusi akaun Instagram miliknya.

Akaun 1.5 juta followers hilang?

Tak tau nak habaq macam mana, akaun ig anak kami yang 1.5 juta followers hilang. Hampa kalau nampak posting ni, hampa pi follow akaun baru dia na @aaisyahdhiaranaofficial

Menurut Che Ta, Instagram anaknya yang mempunyai jumlah pengikut sebanyak 1.5 juta telah hilang. Tambahnya, akaun tersebut tidak boleh ‘recover’ dan mereka tidak mempunyai rezeki untuk mendapatkan balik akaun tersebut. Berikutan daripada itu, Che Ta telah membuka akaun yang baru untuk Aaisyah. Ujar Che Ta, akaun baru Aaisyah akan dipantau olehnya sendiri dan suami iaitu Zain Saidin.

Menerusi akaun terdahulu, Che Ta rajin memuat naik foto dan aktiviti harian anaknya. Bahkan, gambar mereka sekeluarga setiap kali pergi bercuti turut dikongsikan di akaun tersebut. Setakat hari ini, akaun baru Aaisyah sudah mempunyai 25 ribu pengikut. Akaun media sosial tersebut diletakkan dalam mode ‘private‘ bagi memudahkan Che Ta dan suami memantau para pengikut anak mereka.

Sumber: Rozita Che Wan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×