Akaun rasmi penyanyi Aliff Aziz dibanjiri komen warganet apabila dilihat tidak menyambut atau memberi ucapan ulang tahun kelahiran anak-anak.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Kembali Menyanyi, Netizen Puji Suara Unik

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Birthday’ Untuk Ayden & Ara – ‘Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami’

Tak wish birthday anak ke?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz dilihat ‘throwback’ momen bernyanyi di Marina Bay, Olympic Walk, Singapura.

Marina Bay, Olympic Walk.

Unplugged, unfiltered, momen yang tidak dapat dilupakan.

Ujian masing-masing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan pelantun lagu ‘Sayang Sayang Sayang’ itu yang tidak memuat naik sebarang ucapan buat kelahiran anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Selain itu, warganet turut memberi kata semangat buat Aliff untuk terus berjalan ke depan.

Sumber: Instagram @iamaliffaziz