berita

Akhirnya Cermin Fitness Pertama Di Malaysia Oleh FITURE Dah Sampai, Macam Personal Trainer!

September 30th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

“Cermin ni boleh tolong kau workout kat rumah.”

Ramai yang fikir kalau nak bersenam, kena buat di tempat dengan peralatan sesuai. Tapi kadang-kadang tu kan sibuk dengan jaduan seharian yang padat. Tak sempat nak pergi ke gym atau taman rekreasi untuk bersenam.

Sebenarnya senaman di rumah pun dah memadai. Lagipun ramai yang lebih memilih untuk workout di rumah sekarang. Lebih mudah dan selesa. Dengar cerita pulak, baru-baru ni ada cermin fitness baru sampai Malaysia guys.

FITURE interactive fitness mirror, cermin fitness pertama di Malaysia!

Haa.. Ini la dia! FITURE interactive fitness mirror merupakan cermin fitness pertama di Malaysia yang direka untuk membantu dan membimbing pengguna dalam bersenam. Senang cerita, korang seperti mempunyai personal trainer di rumah!

Cermin ni nampak je macam cermin biasa apabila tak diaktifkan. Tapi bila korang hidupkan paparan bersepadu, korang dapat sertai beribu-ribu kelas dan latihan untuk workout seluruh badan dengan selesa di rumah. Puas bersenam oi.

Dilengkapi teknologi canggih yang mengesan pergerakan senaman yang tepat

Dengan teknologi Motion Engine, pergerakan korang dapat dikesan dengan mudah dan mampu memberi maklum balas secara terus. Lagipun korang boleh tengok sendiri bentuk badan korang dalam cermin. Ikut bimbingan yang diberikan sampai la korang dapat badan ideal korang!

Senang cerita, memiliki sistem senaman rumah yang canggih di hujung jari membolehkan korang dapat hasil yang korang impikan. Tak kira la korang mempunyai masa untuk bersenam selama sejam, malah 10 minit sekalipun! Asalkan korang rasa segar, cukup la tu.

Ditampilkan dua jenis model – FITURE Mini dan FITURE Core dengan warna menarik!

Paling menarik, FITURE interactive fitness mirror ditampilkan dalam 2 jenis – FITURE Mini dan FITURE Core. Pelbagai warna menarik yang korang boleh pilih tau.

FITURE Core tersedia dalam lima warna menarik, iaitu Ocean (Biru), Stardust (Kelabu), Sunlight (Emas), Oasis (Hijau), Night (Hitam). FITURE Mini pulak tersedia dalam warna Night (Hitam).

Kedua-dua model tersebut boleh dibeli dengan harga promosi dengan langganan percuma 3 bulan ahli (bernilai RM387), seterusnya RM 129/bulan. Syoknya!

  • FITURE Core: RM 5,999 (Harga asal: RM 6,999)
  • FITURE Mini: RM2,999 (Harga asal: RM 3,999)

Perkhidmatan pemasangan disediakan semasa penghantaran & terdapat 18 bulan pelan pembayaran faedah 0% tersedia untuk pembelian pelanggan melalui Stor Rasmi Shopee FITURE Malaysia.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik mana-mana link di bawah ni ya.

Stor Rasmi FITURE Malaysia Official Store:

Facebook FITURE Malaysia:

SKIP THIS AD ×