berita

Akhirnya Nobita Kahwin Dengan Shizuka! Netizen Tak Sabar Tonton Filem ‘Stand By Me Doraemon 2’

January 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Doraemon adalah siri kartun Jepun pertama bagi ramai kanak-kanak terutama yang lahir pada era 90an. Kisah yang menceritakan tentang robot kucing dari masa depan yang menjadi rakan baik seorang pelajar yang dikenali sebagai Nobita, ternyata menyerikan zaman kanak-kanak kita semua baik dalam bentuk komik mahupun siri anime.

Nobita yang sering berhadapan dengan pelbagai masalah sentiasa meminta bantuan daripada Doraemon bagi menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapinya. Antara masalah yang sering dihadapi olehnya ialah dia sering dibuli di sekolah, lemah dalam pembelajaran serta menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya sendiri iaitu Shizuka.

Stand By Me Doraemon 2

Sebelum ini, filem Stand by Me Doraemon, menyaksikan Nobita akan meminta pertolongan daripada Doraemon untuk mengharungi semua masalah yang dihadapi. Meskipun, setiap alat-alat pertolongan yang diberikan oleh Doraemon agak canggih dan berkesan, Nobita tetap menerima pengajaran yang penting ketika menggunakan kesemua alatan yang diberikan. Malah, Nobita masih dimarahi ibunya ketika filem tersebut ditayangkan pada 2014.

Kesinambungan dari filem tersebut, Stand by Me Doraemon 2 telah ditayangkan di pawagam Jepun pada November lepas dan tidak lama lagi peminat dari luar Jepun pula bakal menyaksikan filem tersebut. Menerusi trailer filem Stand by Me Doraemon 2 itu, Nobita bakal menamatkan zaman bujangnya. Impian Nobita untuk memilih Shizuka sebagai teman hidup juga akhirnya tercapai apabila kedua-dua mereka disatukan dalam filem tersebut.

Sumber: Noob Jepun

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×