berita

Akibat Sering Diejek Sebab Tak ‘Handsome’, Lelaki Sanggup Tikam Leher Rakan Hingga Maut

June 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Tribun Medan

Akibat sering diejek kerana tidak handsome, seorang lelaki berusia 27 tahun berdendam dan tekad untuk membunuh rakan sekerjanya di gudang kilang air mineral di Deliserdang, Sumatera Utara, Indonesia.

Tikam leher kawan sebab diejek tak handsome

Sekadar gambar hiasan

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Z dikatakan berniat untuk membunuh rakannya, Rendy Alias Bagong kerana dia berasa sakit hati apabila sering diejek mengenai wajahnya yang dikatakan hodoh.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sunggal, AKP Budiman Simanjuntak, kejadian berlaku ketika suspek bersama mangsa saling mengejek antara satu sama lain di tempat kerja mereka pada 19 Jun lalu. Gara-gara selalu dibuli serta tidak dapat menahan sabar lagi, suspek didakwa telah menikam leher kawannya itu dengan menggunakan sebilah pisau sebelum bertindak melarikan diri.

Dia terasa hati sebab dibuli. Dia selalu kena ejek sebab rupanya yang hodoh itu. Mereka sebenarnya dah lama bekerja sama-sama.

Suspek berjaya ditahan oleh pihak polis

Sekadar gambar hiasan

Rakan mangsa yang melihat kejadian berkenaan terus membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, usaha suspek untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila pihak polis berjaya menahannya dan suspek bakal berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah kerana membunuh.

Pihak polis berjaya menangkap suspek yang bersembunyi tidak jauh dari tempat kejadian. Namun, ketika mencari bahan bukti yang dibuang, suspek cuba untuk melarikan diri sehingga pihak polis terpaksa melepaskan tembakan pada kaki kanannya.

Sumber : Tribun News

SKIP THIS AD ×