berita

‘Akibat Sunyi, Dia Korek Kubur..’ – Kisah Misteri Pakar Sejarawan Rusia Memumiakan 26 Mayat

June 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kisah mengenai seorang ahli filologi dan sejarawan daripada Rusia iaitu Anatoly Moskvin pernah menggemparkan dunia. Dia pernah memumiakan seramai 26 mayat perempuan yang berusia lingkungan 3 hingga 15 tahun dan sembunyikan mayat berkenaan di dalam rumahnya.

Misteri terungkai apabila aktiviti mengorek pusara di perkuburan Islam di Nizhny Novgorod itu ‘kantoi’. Tangkapan berkenaan membawa pihak berkuasa ke rumahnya dan mendapati…

Tidak disedari orang tua

Menurut sumber dari Youtube Nexpo, Anatoly Moskvin berkebolehan menguasai sebanyak 13 bahasa asing. Namun, di sebalik kebijaksanaan beliau, terdapat jenayah misteri yang tersimpan lama. Sehinggakan kedua orang tuanya juga tidak menyedari hal berkenaan.

Anatoly telah ditangkap pihak berkuasa pada tahun 2011 atas kesalahan memumiakan 26 mayat kanak-kanak yang telah mati untuk dijadikan ‘anak patung’. Kesemua mayat kanak-kanak itu telah disimpan di dalam rumahnya di Nizhny Novgorod, Rusia.

Kisah silam dan hobi aneh

Dipercayai segalanya bermula sejak Anatoly masih muda lagi. Ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah bersendirian. Sekumpulan lelaki telah menangkapnya dan memaksa remaja itu baring di dalam keranda yang terlihat seorang mayat perempuan di dalam.

Anatoly dipaksa untuk mencium mayat perempuan berusia 11 tahun itu berulang kali. Malah, ada sumber mempercayai insiden tersebut menjadi titik permulaan Anatoly ‘mencintai’ seseorang yang sudah tidak bernyawa.

Namun, di usia 45 tahun, beliau mempunyai hobi yang aneh iaitu mengumpul anak patung bersaiz besar. Ibu bapa menganggap perkara itu adalah tabiat aneh anak lelakinya.

Kubur dikorek

Di sebuah perkuburan Kristian di bandar Nizhny Novgorod, pihak berkuasa mendapati beberapa makam kubur dikorek semula tanpa sebab. Tetapi pihak berkuasa menganggap perkara itu sebagai amalan pemujaan oleh sekumpulan extrismis agama.

Kejadian misteri tersebut terungkai setelah dua tahun apabila ada segelintir pihak melaporkan gangguan di perkuburan Muslim di Nizhny Novgorod. Difahamkan ada pihak yang ternampak Anatoly menconteng kubur berkenaan. Tangkapan tersebut telah membawa pihak berkuasa ke rumahnya dan didapati terdapat 26 mayat kanak-kanak yang telah dimumiakan.

Paranoid skizophrenia

Setelah disiasat pihak keadilan, Anatoly melakukan perkara itu disebabkan kesunyian. Sebelum ini, dia pernah memohon untuk mengambil anak angkat tetapi permohonan tersebut telah ditolak. Sehinggakan dia mencari hobi baru dengan mengumpul mayat kanak-kanak.

Bagaimanapun, hasil diagnosis perubatan mendapati pihak keadilan mendapati Anatoly Moskvin mempunyai penyakit paranoid skizophrenia dan dakwaan terhadap beliau telah digugurkan.

Sumber: BBC News, Youtube Nexpo

SKIP THIS AD ×