berita

Akim Ahmad Merajuk?

November 25th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC Liga Lawak Superstar-13

Beberapa hari lepas Akim Ahmad ada berkongsi beberapa kemaskini di laman sosial Twitter meluahkan perasaan kecewanya.

Dengan membaca tajuk di atas pasti ramai pembaca di luar sana yang tertanya-tanya apakah punca Akim merasa kecewa. Adakah Akim mempunyai masalah dengan Stacy yang pernah digosipkan bercinta dengannya?

Namun begitu, diharapnya para peminat Akim dan Stacy tidak cepat melatah kerana penyanyi ini sebenarnya kecewa apabila dua buah lagunya tidak berjaya memasuki pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28).

Artikel berkaitan:

Terdahulu, Akim mempertaruhkan lagu Menunggumu dan sebuah lagi lagu berjudul Kembali yang merupakan duetnya bersama Stacy hingga ke peringkat separuh akhir.

Screen Shot 2013-11-24 at 18.41.55

Menerusi beberapa statusnya di laman sosial tersebut, Akim menyatakan berkemungkinan besar tidak akan menyertai AJL pada tahun hadapan selepas penyertaannya selama empat tahun selama ini cuma layak ke peringkat semi final sahaja.

Screen Shot 2013-11-24 at 18.42.03

Dalam masa yang sama, Akim turut menafikan dirinya mengalah sebaliknya hanya enggan mencalonkan karyanya dalam pertandingan tersebut pada tahun hadapan.

Tapi bila difikirkan semula, lagu-lagu Akim yang tercalon pada tahun ini boleh tahan sedap juga. Namun mungkin karya muzik penyanyi yang lain lebih menepati citarasa juri dan peminat.

SKIP THIS AD ×