berita

Berisiko Bengkokkan Tulang, Aksi Baby-Standing Hairul Azreen Ditegur Dr Sheikh Muszaphar

October 14th, 2019 | by faris
Kini Trending

Bagi pengikut Instagram Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sudah tentu sedia maklum dengan kecomelan dan keletah anak kedua mereka Alisa Aisyah. Hairul menerusi Instagramnya berkongsi video melakukan ‘baby-standing’ di mana kaki Alisa digenggam dalam posisi berdiri. Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian Dr Muszaphar Shukor.

Rakam baby-standing Alisa

Hairul dalam pos terbarunya merakam baby-standing Alisa yang mengimbangkan badan sambil berdiri selama beberapa saat sebelum ‘menangkap’ anak keduanya itu. Video berkenaan dipuji pengikut pelakon Paskal itu yang rata-rata terpegun dengan kecomelan Alisa.

Dapat perhatian Dr Sheikh Muszaphar

Dr Sheikh Muszaphar Shukor meninggalkan komen mengatakan apa yang dilakukan Hairul itu adalah ‘mengunci lutut Alisa untuk membuatkannya berdiri. Keadaan itu akan ‘mengikat’ lutut di kemudian hari jika dilakukan apabila bayi tidak bersedia atau terlalu awal.

Ujarnya lagi, seseorang anak itu akan boleh berdiri sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat untuk berbuat demikian.

Netizen minta penjelasan lanjut

Tambah Dr Sheikh Muszaphar yang juga bapa kepada 4 anak, apa yang dilakukan Hairul mungkin boleh menyebabkan tekanan yang tidak perlu pada sendi lutut. Nasihat itu dibuat supaya perbuatan berkenaan tidak diikuti oleh pihak lain.

Bagaimanapun, komen angkasawan negara itu sudah tidak didapati di pos asal Hairul berkemungkinan sudah dipadamkan.

Sumber: Hairul Azreen, Dr Sheikh Muszaphar 

The following two tabs change content below.