berita

Aksi Dua Lelaki Kongsi Tandas Cetus Tanda Tanya

May 12th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Adegan dua orang lelaki memasuki satu kubikel tandas yang sama mengundang pelbagai reaksi netizen selepas video tersebut mendapat perhatian warga media sosial.

‘Bersangka baik… mereka betulkan paip’

Tangkap layar video @MALAYSIAVIRALL

Menerusi satu ciapan berlampirkan video oleh @MALAYSIAVIRALL, dilihat dua orang lelaki berada di dalam satu kubikel tandas yang sama, namun lokasi dan waktu kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Video berdurasi 18 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki dengan selamba dan bersahaja keluar daripada tandas berkenaan, manakala seorang lagi kekal berada di dalam tandas, berkemungkinan selepas perasan keberadaan orang lain di luar tandas.

Pemilik ciapan tersebut berkata, mereka berdua mungkin sedang sama-sama melakukan kerja pembetulan kerosakan di dalam tandas.

Bersangka baik mungkin mereka tengah betulkan paip tandas bersama-sama, tak boleh buat sorang-sorang.

Menjengah balasan yang diterima, situasi tersebut ternyata membuat netizen tertanya-tanya tentang apa yang mereka lakukan di dalam tandas, walaupun terdapat segelintir yang cuba bersangka baik.

Sumber: MALAYSIA MOST VIRALL

SKIP THIS AD ×