berita

Aksi Lelaki Tampar Kucing Dicemuh Netizen

July 27th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Aksi seorang lelaki menampar seekor kucing yang tular di media sosial dikecam netizen yang menganggap kelakuan tersebut tidak berperikemanusiaan.

Tiba-tiba tampar kucing

Melalui perkongsian halaman Persatuan Haiwan Malaysia di laman Facebook, perbuatan lelaki itu dapat dilihat melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman, seekor kucing dilihat memanjat tembok sebuah rumah dan lelaki tersebut secara tiba-tiba menampar haiwan itu hingga jatuh ke lantai.

Dalam kapsyen, Persatuan Haiwan Malaysia memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku di Kulim, Kedah.

Mengapa ditampar kuat-kuat kucing sedang berehat tu?

Pemilik CCTV yang melihat rakaman miliknya ini dirayu mengenalpasti wajah pelaku dan seterusnya mengemukakan laporan rasmi jenayah haiwan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan segera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan perbuatan lelaki itu dan berharap agar tuan kucing mengambil tindakan yang sewajarnya.

Video

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

SKIP THIS AD ×