berita

Aksi Maryam Kucup ‘Baby Bump’ Tarik Perhatian, Netizen Puji Isteri Fizo – ‘Maryam Nampak Iras Fazeera’

April 8th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pada Februari lalu, isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera mengesahkan bahawa dia sedang berbadan dua. Momen bermakna itu dimuat naik oleh Fazeera sendiri di Instagram.

Artikel berkaitan : ‘Demi Mengejar Rating, Sampai Ketepikan Etika & Tidak Menghormati Orang Lain’ – Fizo Omar

Artikel berkaitan : [VIDEO] Fizo Omar Bakal Dapat Anak, Isteri Bunting Pelamin – ‘Hadiah Paling Istimewa Buat Kami’

Artikel berkaitan : ‘Maryam Dah Nak Ada Adik’ – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Isteri, Fizo Omar Terus Kunci Mulut

Maryam kucup baby bump

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fazeera di TikTok, aksi comel Maryam telah mencuri perhatian netizen. Teruja menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka, si cilik berusia lima tahun itu dilihat mengucup perut Fazeera banyak kali dengan penuh kasih sayang.

Dia teruja dengan bayi yang bakal dilahirkan.

Dalam pada itu, Fizo Omar turut memuat naik video yang sama di akaun TikToknya. Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 12 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 74 ribu tanda suka di TikTok.

Bakal jadi kakak

@fazeeranazriaz? original sound – hariez

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet percaya bahawa Maryam bakal menjadi seorang kakak yang baik dan penyayang. Malah ada juga di antara mereka turut meneka jantina anak di dalam kandungan Fazeera itu.

Sumber : fazeeranazriaz

 

SKIP THIS AD ×