Jika di Brunei ada Pengiran Muda Mateen yang digilai ramai gadis, di Malaysia juga ada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman (TPJ). Buat yang tidak tahu, Tungku Panglima Johor yang berusia 27 tahun ini juga memiliki beberapa koleksi kenderaan mewah.
Kami kongsikan kepada anda beberapa foto TPJ yang pasti membuatkan gadis-gadis tak keruan.
Aktif sukan permotoran
Jika anda mengikuti Tunku Abdul Rahman di Instagram, anda pasti mengetahui kehidupan peribadi dan hobi baginda yang sering aktif dengan dunia sukan permotoran. Pada Oktober 2019 lalu, baginda telah menyertai perlumbaan yang bertempat di Buriram, Thailand dengan mendapat tempat ke-10 secara keseluruhan.
Telah menjuarai perlumbaan Asia
Selain itu, baginda juga aktif dalam sukan perlumbaan GT World dan bulan Ogos 2019 tahun lalu, baginda dan rakan sepasukan telah menjuarai GT World Challenge Asia yang telah diadakan di Korea.
Bersukan bersama Putera Mateen
Tunku Abdul Rahman juga pernah meluangkan masa bersama pasukan polo Putera Mateen. Boleh dikatakan sukan polo antara sukan kegemaran dalam kalangan putera raja. Jadi, tak hairanlah kalau pasukan polo Johor bertemu dengan pasukan Brunei.
Formal pun segak
Cool dan santai
Aktif bersukan
Sebelum ini, kami pernah dedahkan artikel mengenai koleksi aset peribadi mewah Tunku Abdul Rahman. Tunku Panglima Johor ini memiliki Lamborghini Murchielago SV, Corvette, Ducati Panigale, motorboat dan Aston Martin DBS Vanquish dan Ford GT.
Sumber: Tunku Abdul Rahman