berita

Aktiviti Awesome Yang Korang Boleh Buat Bersama Keluarga Di Setia City Park Weekend Ni!

November 22nd, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

coverphoto1-1

Korang dok fikir nak buat apa hujung minggu ni? Dah lama tak luangkan masa berkualiti bersama insan tersayang dek kerana kesibukan kerja? Ha.. Apakata korang bawa keluarga korang ke FOX Movies Awesome Weekend yang akan berlangsung pada 26 dan 27 November ini di Setia City Park!

Aktiviti yang paling utama sudah tentulah untuk enjoy 4 filem top iaitu Rio (26 November, 8 malam), Avatar (26 November, 10 malam), Kung Fu Panda (27 November, 8 malam) dan Kingsman: The Secret Service (27 November, 10 malam).

screen-shot-2016-11-22-at-2-52-37-pm

Malah, banyak lagi tau aktiviti awesome yang lain. Nah, tengok ni..

1. Guling-guling dengan Zorb Ball

screen-shot-2016-11-22-at-12-42-04-pm

Masa ni lah rasa nak berguling sakan dalam zorb ball!

2. Naik Renault Twizy! Cool!

screen-shot-2016-11-22-at-12-44-32-pm

Korang juga boleh try naik Renault Twizy secara percuma sekitar taman Setia City Park tu. Comel tau!

3. Ber’picnic’ sambil layan karenah anak-anak!

screen-shot-2016-11-22-at-12-54-20-pm

Kredit foto: Norakmallina.blogspot.com

Kami yakin aktiviti seperti Face painting di booth Dutch Lady bersama karakter kegemaran kanak-kanak iaitu Frozen dan Marvel akan buatkan si cilik teruja habis!

Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang korang boleh buat dengan keluarga tersayang. Nah, korang tengok betapa banyaknya aktiviti di FOX Movies Awesome Weekend ni!

screen-shot-2016-11-22-at-1-03-15-pm

Oh ya, korang juga boleh rujuk peta di bawah untuk tahu lokasi setiap zon. Senanglah nak cuba semua aktiviti nanti!

screen-shot-2016-11-22-at-1-01-40-pm

Ini pula untuk rujukan tempat parking!

screen-shot-2016-11-22-at-2-56-40-pm

4. Boleh main Assassin’s Creed VR!

fox-2

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Assassin’s Creed dart game dan main Assassin’s Creed Syndiacate game menggunakan MSI gaming notebook. Oh, korang juga boleh menang tiket wayang ke tayangan premier Assassin’s Creed tau!

Eh, boleh menang SHARP AQUOS  60″ jugak? Wow!

screen-shot-2016-11-22-at-2-58-06-pm

Amboi! Memang berbaloi-baloi untuk pergi ke FOX Movies Awesome Weekend ni tau sebab korang berpeluang memenangi SHARP AQUOS 60″ bila daftar untuk cabutan bertuah.

FOX Movies Awesome Weekend ini akan bermula pada jam 2 petang sehingga tengah malam tau. Kami sarankan korang datang awal untuk dapatkan Movie kit dan lokasi yang terbaik untuk menonton wayang. Mestilah nak spots yang cun kan? Oh ya, jangan lupa untuk bawa keperluan ber’picnic’ seperti tikar untuk enjoy outdoor movie tu ya!

Nak pas VIP ya? Ha…Korang klik je di laman Facebook Dutch Lady Malaysia ni. Nak tahu lebih banyak informasi? sila layari laman Facebook FOX Movies Awesome Weekend.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)