berita

Aktiviti Diving Bersama Ultra FM Meriah!

June 4th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

Semua peserta ULTRA Diving dan dive masters dari Marine Monkees Tioman

Pernah dengar Ultra Fm? Alah, stesen radio yang menjadikan Mamat Sepah dan Jimmy Shanley sebagai penyampai tu. Ha, kali ni bukan nak cerita tentang gosip, tetapi aktiviti mereka.

Dengar cerita, baru-baru ini, stesen radio ini ada membuat aktiviti yang diberi nama ‘Ultra Diving’ di Pulau Tioman bersama 20 pemenang bertuah. Wah, macam menarik je kan?

Keseronokan berganda apabila acara selama 4 hari 3 malam itu turut disertai oleh jejaka-jejaka kacak dari kumpulan Forteen dan Zalif Sidek.

Sebahagian dari peserta ULTRA Diving dan dive masters dari Marine Monkees Tioman

Kami ada juga melihat beberapa keping foto aktiviti mereka ini, seronok betul nampaknya. Iyalah, dapat lesen Open Water Diver free, siapa yang taknak dik oi.

Dah ada lesen menyelam, senanglah nak melihat keindahan semulajadi lautan di Malaysia ini kan? Negara kita kan memang terkenal dengan khazanah laut yang indah-indah.

Selain aktiviti mengambil lesen menyelam, peserta turut berpeluang bermain bola tampar pantai dan ber-BBQ dengan selebriti kesayangan mereka. Kalau nak tahu, aktiviti Ultra Diving ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia.

Anda yang kecewa kerana tak dapat mengikuti aktiviti ini janganlah risau kerana anda masih berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM200 menerusi peraduan “ULTRA DIVING ONLINE”

Anda hanya perlu menjawab soalan-soalan berkaitan dengan “diving” di facebook mereka. Jadi apa tunggu lagi, jom rebut wang tunai itu sekarang!

SKIP THIS AD ×