berita

Aktres Arab Saman Syarikat Akhbar, Berang Gambar Terpampang Dalam Artikel Wanita Gemuk

August 12th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang pelakon wanita Iraq menyaman laman berita The Economist selepas laman tersebut menggunakan gambarnya dalam satu artikel yang bercakap tentang bagaimana wanita Arab adalah lebih gemuk berbanding kaum lelakinya.

Penghinaan terhadap wanita Arab

Aktres yang bernama Enas Taleb itu berkata, imej dirinya telah digunakan di luar konteks, tanpa kebenaran, melanggar privasinya, dan telah disunting menggunakan ‘photoshop’.

Pelakon dan pengacara program bual bicara itu memberitahu, dia telah mengambil tindakan undang-undang di Britain, namun akhbar The Economist belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan Enas.

Artikel bertajuk ‘Why Women Are Fatter Than Men in the Arab World’ itu diterbitkan akhir Julai 2022, menggunakan gambar Enas yang dirakam sembilan bulan lalu pada Pesta Antarabangsa Babylon di Iraq.

Artikel berkenaan menyentuh sentimen kemiskinan serta peranan wanita sebagai suri rumah tangga yang menjadi punca mengapa lebih ramai wanita Arab berbadan besar.

Bukan itu sahaja, artikel itu menulis bahawa lelaki Arab meminati wanita berisi seperti Enas dan menganggap bentuk tubuh sedemikian sebagai kecantikan yang ideal.

Bagi Enas, artikel tersebut merupakan satu penghinaan terhadap wanita Arab secara amnya dan wanita Iraq khususnya.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×