berita

Aktres ‘Penyondol’ Hasut Suami Rampas Harta & Ceraikan Isteri Pertama?

February 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pelakon wanita popular yang menjadi isteri kedua ahli korporat didakwa telah menghasut suaminya merampas semula harta yang diberikan kepada madunya malah meminta lelaki itu menceraikan wanita tersebut.

Aktres hasut suami cerai isteri pertama?

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Boom, aktres yang pernah dilabel sebagai ‘penyondol’ itu didakwa merupakan dalang di sebalik penderitaan seorang wanita ini bersama anak-anaknya. Kisah tersebut dikongsikan wanita terbabit ketika ditemui di mahkamah syariah demi memperjuangkan haknya sebagai isteri pertama.

Difahamkan, sejak mengahwini aktres tersebut, ahli korporat terbabit dikatakan culas untuk membayar nafkah selain bertindak mengecilkan jumlah saraan terhadap keluarga isteri pertamanya. Lebih teruk apabila dia tergamak menarik semula harta yang diberikan kepada isteri pertamanya.

Tidak cukup dengan itu, aktres yang pernah mencetuskan kontroversi pada suatu ketika dahulu dipercayai merancang untuk meleraikan rumah tangga si suami bersama isteri pertamanya.

Sumber: Boom

SKIP THIS AD ×