berita

‘Aku Akan Pastikan Netizen Hentam Kau’ – Caprice Diugut Individu Tidak Dikenali

July 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kemelut yang melanda di antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah bebas ustaz Ebit Lew hangat diperkatakan di media sosial gara-gara kenyataan yang dipercayai dia tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew. Namun, Caprice telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Artikel berkaitan : Akui Terlalu Emosi, Caprice Mohon Maaf

Artikel berkaitan : Azeez Rahim Agih Bantuan Di Kem Pelarian Gaza, Netizen Tanya Caprice Tak Ikut Ke?

Artikel berkaitan : ‘Tak Ada Siapa Pertikai 10000001 Benda Baik Yang Dia Buat’ – Caprice

Terbaharu, menerusi posting yang di muat naik oleh Caprice di Instagram memaparkan dia dipercayai diugut oleh individu yang tidak dikenali.

Caprice diugut

Individu yang dikenali sebagai ejang94 itu mengatakan bahawa dia akan memastikan agar warganet akan ‘menghentam’ penyanyi rap berkenaan sehingga rasa seperti ingin membunuh diri.

Ujarnya lagi, orang yang kaya seperti Caprice tidak boleh melakukan semua perkara sesuka hati tanpa memikirkan kesan buruk yang akan berlaku. Dia turut mengatakan bahawa setiap tindak-tanduk yang dilakukan oleh Caprice akan diperhatikan oleh ramai pihak.

Lagi bagus mampus lagi baik. Ada pun perangai macam b*d*h. Takut tak sempat mengucap balik Malaysia nanti.

Susulan daripada itu, Caprice memberitahu di kapsyen posting agar individu terbabit tidak perlu mengugutnya dan memberi pilihan sama ada dia akan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis atau selesai secara kasar.

Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai Kuala Lumpur lagi, InsyaAllah.

Walau bagaimanapun, individu berkenaan telah privatekan akaunnya di Instagram.

‘Aku pastikan netizen hentam kau..’

Sumber : capriceofficial 

SKIP THIS AD ×