
Penyanyi Asfan Shah tampil berkongsi keadaan dirinya yang berdepan dengan masalah kesihatan mental, iaitu anxiety pada tahap yang teruk.
Artikel Berkaitan: Asfan Shah Sibuk Berniaga Air di Bazar Ramadan, Tak Ambil Hati Lagu Raya Dikecam – ‘Yang Kata Tak Sedap Tu Okay Tapi Maki-Hamun Tu Saya Kecewa’
Artikel Berkaitan: Sebagai Inisiatif Dakwah Islam, Asfan Shah & Rakan Artis Solat Asar Berjemaah Di Bukit Bintang
Banyak persoalan
Menerusi satu perkongsian di Threads, Asfan atau nama lengkapnya Norasfan Shah Rudin, 40, mendedahkan fikirannya sering terganggu, seolah-olah dipenuhi pelbagai persoalan yang datang.
Aku seorang yang mengalami anxiety yang agak teruk.
Kadang-kadang dalam kepala terasa seperti banyak lampu kereta yang bergerak laju, seolah-olah semuanya dipercepatkan.
Kepala rasa sakit.
Fikiran pula penuh dengan persoalan dan overthinking.
Syukur ada sokongan
Dalam pada itu, Asfan turut menegur sikap sesetengah pihak yang cenderung menghakimi secara terus tanpa memahami keadaan seseorang yang sedang melaluinya.
Orang yang tak pernah lalui memang mudah bercakap.
Kena rasa dulu, lepas itu datang balik dan bagitahu apa yang dirasai.
Jangan main-main hal ini.
Dalam hantaran sama, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana dikelilingi insan yang sentiasa memberi sokongan, khususnya rakan-rakan rapat dan isteri tercinta.
Alhamdulillah, Allah hadirkan sahabat-sahabat yang baik dalam hidup aku.
Terima kasih semua.
Yang paling penting, isteri aku sentiasa ada tak kira apa pun keadaan aku, dia tetap steady.
Sumber: Threads