Di Facebook, penyanyi rap Altimet meluahkan rasa ‘penat’ apabila sudah setahun terpaksa melalui fasa hidup yang sukar berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Meskipun penat melihat situasi semasa, Altimet akur dan masih mengikut saranan serta SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Aku dah penat
Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi, untuk kebaikan semua, jadi negara kita ni pulih balik, kalahkan pandemik ni. Aku penat nak bagitahu dekat anak aku pasal virus ni, musuh yang tak dapat dilihat ni. Aku penat nak jelaskan dekat dia kenapa dia tak dapat main dengan saudara dia, kawan kawan dia. Aku kesiankan anak-anak aku sebab perkembangan sosial dan persahabatan dia orang terbantut akibat tak pergi sekolah.
Menurut Altimet, dia sudah ‘penat’ dengan situasi sekarang kerana kesemua kehendak peribadinya harus diketepikan demi kebaikan semua. Tambahnya, dia berasa kasihan melihat anak-anaknya yang tidak dapat bergaul dengan saudara mara serta kawan-kawan mereka dek kerana Covid-19 ini.
Di samping itu, Altimet turut memberitahu perkembangan sosial anak-anaknya akan terbantut seandainya pandemik ini tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Terpaksa berniaga
Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku. Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan-kawan aku kena lepaskan jadi penganggur. Aku dah penat beli barang berniaga kawan kawan industri hiburan, yang terpaksa berniaga sebab tak ada job. Aku harap, orang atasan tahu yang aku ni kepenatan. Aku harap orang atasan tahu, bukan Aku sorang yang kepenatan, tapi kami tetap ikut saranan dan SOP yang ditetapkan. Walaupun kami penat. #KitaJagaKita kan? Bismillah.
Jelas Altimet lagi, dia juga ‘penat’ menanggung kerugian dalam bidang perniagaan. Dia juga berasa kasihan terhadap kawan-kawannya yang terpaksa menganggur kerana kehilangan pekerjaan. Di akhir perkongsiannya, dia berharap seluruh rakyat Malaysia patuh pada saranan dan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Sumber: Altimet