berita

‘Aku Dengaq Hang Menjawab, Hang Jaga!’ – Sharnaaz Ahmad Warning Faiz Roslan Muatnaik Video Cemari Ramadan

May 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

Personaliti media sosial, Faiz Roslan menimbulkan kemarahan netizen apabila memuatnaik video parodi lagu Yang Syantik dengan tarian berbaur lucah bersama dua rakannya. Tindakan itu dilihat seperti tidak menghormati kesucian bulan Ramadan yang baru masuk hari kedua semalam.

Artikel berkaitan: ‘Tindakan Dungu’ – Da’i Wan Bengang Teguran Tak Diendah Faiz Roslan

Sebelum ini Da’i Wan Dazrin dan Yatt Hamzah menyatakan bantahan mereka mengenai video itu, terbaru Sharnaaz Ahmad juga turut memberi amaran kepada Faiz.

Allah tegur sekali ICU kau

Sharnaaz yang dikenali dengan kelantangannya bersuara mengenai isu-isu semasa menegur keras Faiz atas video dimuatnaiknya itu. Setakat ini video berkenaan sudah ditonton lebih 400k di Instagram.

Pesan pelakon Juvana ini, jika ibu bapa tidak boleh menegur Faiz, jangan sampai ‘ditegur’ Allah yang mungkin boleh menyebabkannya dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital (ICU). Sharnaaz juga menyeru video tersebut dipadamkan.

Ni zaman lain macam

Kawan-kawan dok support sama dilaknat

Dakwa jadi mangsa buli siber

Faiz menurut seorang netizen mendakwa dirinya dibuli secara siber kerana video itu, namun, Sharnaaz mencabar dia bersemuka untuk dibuli depan-depan.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×