berita

‘Aku Diam Untuk Aku Reveal Di Mahkamah…’ – Bekas Isteri DDNK

September 15th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sebelum ini bekas isteri Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) iaitu Watie sempat memberikan ucapan tahniah atas perkahwinan baharu bersama wanita berusia 25 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Dituduh Perampas, DDNK Mohon Henti Kecam – ‘Beri Dia Sedikit Ruang, Dia Masih Berumur 25 Tahun”

Artikel Berkaitan: DDNK ‘Tak Hensem Takpa Janji Kaya’ Selamat Nikah, Bekas Isteri Ucap Tahniah – ‘Jadilah Diri Sendiri’

Respon Watie di Facebook

Terbaru, menerusi hantaran terbaru di Facebook, Watie mendakwa sebelum ini dia hanya mendiamkan diri dan enggan memberi respon mengenai isu membabitkan dirinya dan bekas suami kerana mahu menceritakan hal sebenar yang berlaku di mahkamah sahaja.

Aku diam untuk aku reveal di mahkamah.

Alhamdulillah, proceeding kes Hadhanah selesai hari ini. Syukur Allah memudahkan urusan. Terima kasih semua yang telah mendoakan.

Malah menerusi hantaran sebelum ini, Watie seakan mempersoalkan siapa yang membenarkan bekas suaminya itu bernikah sedangkan sijil cerai masih belum dikeluarkan oleh pejabat agama.

Kalau nikah satu lagi di hotel, saya nak tanya siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai saya pun belum release lagi dari pejabat agama?

Terdahulu, perkahwinan DDNK dengan isteri barunya, Tuan Nor Ernie Rossmeris menjadi kontroversi apabila bekas isterinya, Watie memuat naik perkongsian di Facebook dengan mengucapkan tahniah di atas perkawinan bekas suami dan pasangannya.

Sumber: Atielia De Sams

SKIP THIS AD ×