berita

‘Aku Dijadikan Punching Bag’ – 5 Tahun Tutup Aib Suami, Wanita Kongsi Pengalaman ‘Hitam’

October 19th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan hubungan yang berkekalan hingga ke syurga. Tidak ada mana-mana pasangan pun yang ingin hubungan mereka terkandas di tengah jalan. Namun, jika sudah tiada persefahaman, maka penceraian merupakan jalan terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi kisah rumahtangganya yang telah dibina selama 5 tahun akhirnya terputus di tengah jalan. Apa yang lebih menyayat hati apabila dia ditendang oleh suaminya ketika sedang sarat mengandung.

Atas dasar cinta dan sayang

Pertama sekali aku nak mohon maaf sebagai isteri, mungkin ramai terkejut sebab sepanjang 5 tahun perkahwinan, ini kali pertama aku buka pekung rumahtangga sendiri. Konon aku buka aib suami, konon aku sengaja membesarkan isu sekecil ini. Tapi aku minta masa sebentar je untuk kalian selami hati aku sebagai seorang isteri dan kalian nilai sendiri keadaan aku.

Ikatan perkahwinan pada 8 September 2014, atas dasar kerelaan dan kasih sayang aku dan suami. Sepanjang perkahwinan terlalu banyak dugaan aku terima. Kekurangan dari segi kewangan bukanlah masalah utama tapi dari segi kekangan tenaga dan masa suami bersama aku dan anak-anak atas alasan kerja.

Walaupun suami kekurangan dari segi kewangan, tak pernah aku mempersoalkan atau mencari lelaki lain atau sama sekali terfikir untuk tinggalkan dia. Atas dasar sayang dan cinta pada suami dan aku sendiri sebagai ibu kepada 3 orang zuriat kami, aku bantu suamiku dengan bekerja dan sama-sama mencari rezeki untuk keluarga kecil kami.

Aku dijadikan ‘punching bag’

Walaupunn di awal perkahwinan suami tidak menyediakan apa-apa tempat tinggal (duduk di rumah ibu sendiri) kereta atau apa sahaja tapi aku masih setia. Ini bukanlah ungkitan, cuma aku ingin menerangkan betapa besarnya cinta pada suami sehingga segala kekurangan dalam rumahtangga kami aku tidak peduli.

Sepanjang perkahwinan beberapa kali suami didapati curang, terlalu banyak. Setiap kali kantoi akan berlakunya pergaduhan. Aku dikasari dan dipukul tapi hati seorang isteri sentiasa memaafkan. Masih memberi peluang kerana sayangkan hubungan ini dan anak-anak kami.

Cuma kali terakhir ini aku nekad untuk tidak lagi berdiam diri. Cukup lah apa yang aku sabar dan pertahan selama ini. Hati perempuan mana boleh sabar. 3 kali aku bergadai nyawa untuk melahirkan pewaris suamiku.

Banyak kali badan aku dijadikan ‘punching bag’ pelepas geram suamiku sendiri. Untuk kesekian kalinya masih berlaku curang dan kali ini sesama anggota. Aku ada mesej perempuan tu dan bertanya kenapa mengganggu rumahtangga kami. Tetapi kedua-dua pihak menafikan perkara itu. Tapi ada bukti yang menunjukkan mereka masih berhubung.

Cerai melalui Whatsapp

Waktu aku mengandungkan anak bongsuku, aku ditendang dan hampir masuk wad sebab doktor cek pergerakan anak aku tidak stabil. Kemudian aku dapat tarikh untuk czer. Malam hari operation tersebut, dia tak datang atas alasan sebab ada kerja. Doktor cari waris, tak ada sebab masa tu aku bleeding.

Jadi setelah luahan aku ini, aku mohon kalian mengerti. Apa yang kalian akan lakukan sebagai isteri yang sudah berkali-kali dicurangi, disakiti dan dianiaya oleh suami? Ramai tanya kenapa aku tidak upload gambar suamiku. Aku terlalu cintakan suamiku. Ini sahaja cara yang mempu aku fikir paling lemah untuk elakkan lagi mana -mana perempuan mendekati suamiku.

Mudah pada orang lain berkata-kata agar bercerai sahaja. Perkataan itu mudah untuk orang yang tak lalui apa yang lalui. Tolong doakan aku kuat. Beri aku semangat untuk lalui hidup bersama 3 orang anak aku yang masih kecil. Aku sudah failkan penceraian hari tu. Terima kasih kerana lafazkan talak melalui Whatsapp sahaja.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×