Usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal menitipkan pesanan kepada bekas suaminya, Jofliam berkaitan urusan anak-anak mereka iaitu Han dan Yuki.

Artikel Berkaitan: ‘Bila Masa Pula Kau Menang? Han & Yuki Bukan Barang Dagangan’ – Cik Epal

Artikel Berkaitan: Jofliam Dapat Hak Jagaan Penuh Dua Anak, Kes Komital Digugurkan – ‘Saya Akan Jalankan Tanggungjawab Ini Dengan Baik’

Cik Epal titip pesan buat Jofliam

Menerusi hantaran di Threads, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud berharap agar segala perkara berkaitan kedua-dua anak mereka dapat diuruskan dengan baik.

Mulai sekarang, aku harap keputusan ini dihormati dan segala urusan berkaitan Han dan Yuki dapat dijalankan dengan jelas, matang dan bertanggungjawab. 

Dalam pada itu, Cik Epal berkata dia tidak mahu lagi berdepan dengan sebarang perkara yang boleh mencetuskan pertikaian. Sebaliknya dia hanya mahu kebajikan kedua anaknya itu terpelihara.

Aku tidak mahu lagi sebarang pertikaian, permainan emosi atau urusan yang tidak perlu. Apa yang penting sekarang ialah kebajikan dan masa depan Han dan Yuki.

Jangan lupa bawak Han sunat.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, Jofliam memaklumkan hak hadanah bagi kedua-dua anak berkenaan jatuh kepadanya selaku bapa kandung.

Selain itu, Jofliam berkata, pihak yang terlibat telah menarik balik permohonan manakala kes komital terhadap dirinya juga telah digugurkan.

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun, pasangan itu berpisah selepas 10 tahun bersama.

Sumber: Threads